fbpx
Mohd. Fikry Amri dan isteri, Sabrina dikurniakan kembar tiga perempuan.

Permata gantian Ilahi, kembar tiga lahir setelah duka kehilangan Al Fateh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – “Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi kembar tiga tepat jam 9.40 pagi semalam dan doktor memaklumkan semuanya dalam keadaan baik.”

Demikian perkongsian pegawai tentera, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 40, yang menerima cahaya mata kembar tiga menerusi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) semalam.

Mohd. Fikry dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 40, pernah meruntun hati rakyat Malaysia selepas bayi tunggal mereka, Muhammad Al Fateh Amri berusia lapan bulan maut selepas dihantar ke sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah pada September tahun lalu.

Allahyarham Muhammad Al Fateh merupakan anak pertama pasangan tersebut yang dinantikan selama 13 tahun.

Mohd. Fikry menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, isterinya selamat melahirkan tiga bayi mereka secara pembedahan caesarean di Hospital Melaka, di sini.

Dalam hantaran sama, pasangan itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas kurniaan tajaan rawatan IVF serta sokongan moral berterusan.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. patik berdua menjunjung kasih Tuanku di atas kurniaan tajaan menjalani rawatan IVF dan sokongan moral.

“Isteri saya selamat melahirkan anak kembar tiga (triplet perempuan) secara czer pada hari Jumaat yang mulia ini, tepat jam 9.40 pagi,” tulisnya.

Katanya, Sabrina ditempatkan dalam wad selama 73 hari bagi pemantauan rapi sebelum bersalin. Isteri serta ketiga-tiga bayi kembarnya kini berada dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI