Kamariah Haron, 70, atau lebih mesra dipanggil Mok sememangnya seorang yang tegar memancing sejak berpuluh tahun lamanya terutamanya ketika hayat suaminya. Apabila suaminya sudah tiada, hobi memancing bersambung pula bersama anaknya, Mohd. Nasro Walilah atau Wali. Kalau dahulu Mok hanya berbekalkan batang bertam untuk memancing, kini dia bertukar kepada joran teleskopik yang dihadiahkan oleh anaknya sebagai pengganti. Ikan green chromide (GC) Kehadiran ikan pendatang GC di perairan Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan membuatkan Mok teruja untuk memancing sehingga menjadi ketagihan……