fbpx
Pesawat SkyWest mendarat di Lapangan Terbang Omaha kelmarin. - X

Juruterbang buat pendaratan cemas, sangka pesawat dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OMAHA, NEBRASKA – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan American Airlines terpaksa berpatah balik ke negeri Nebraska selepas juruterbang menyangka terdapat cubaan memecah masuk kokpit dan merampas kapal terbang tersebut, lapor akhbar New York Post. 

Penerbangan 6569 yang dikendalikan oleh SkyWest itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Omaha kelmarin, kira-kira 40 minit selepas berlepas ke Los Angeles. 

Jurucakap American Airlines berkata, situasi itu tercetus apabila kru terputus komunikasi dengan juruterbang akibat gangguan interkom.

“Disebabkan gangguan itu, juruterbang hanya mendengar bunyi statik dan menyangka seseorang cuba merampas pesawat. Sebaliknya, pramugari cuba membuka pintu kokpit. 

“Juruterbang segera melencongkan pesawat dan melakukan pendaratan cemas,” kata jurucakap itu. 

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, penerbangan SkyWest 6569 mendarat dengan selamat selepas kembali ke Eppley Airfield di Omaha sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan) kelmarin. Isyarat kecemasan dinyalakan apabila juruterbang gagal menghubungi kru di dalam kabin.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI