fbpx
ALEX tetap tenang dan gembira meskipun kehilangan dua tempat untuk mengakhiri GP Australia di kedudukan keempat. - AFP

Alex mahu cipta sejarah di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHILLIP ISLAND – Pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez berada dalam keadaan tenang selepas menamatkan saingan di tempat keempat Grand Prix (GP) Australia dan kekal pada landasan tepat memburu kedudukan naib juara dunia MotoGP musim ini.

Alex yang bermula cemerlang dari petak hadapan mengakui dia mengambil risiko dengan menekan jentera sepenuhnya tanpa mengurus tayar sepanjang perlumbaan di Litar Phillip Island hujung minggu lalu.

“Sebelum perlumbaan saya sudah beritahu akan beri 100 peratus. Saya tak akan jaga tayar, saya cuma mahu menikmatinya. Itu yang paling penting,” katanya.

Bagaimanapun, strategi agresif itu memakan diri apabila tayarnya haus di penghujung perlumbaan hingga menyebabkan dia kehilangan dua posisi dan menamatkan saingan di tempat keempat.

“Apabila mula rasa sukar di hujung perlumbaan, saya cakap pada diri sendiri, tak mengapa, risiko yang saya ambil berbaloi. Perlumbaan ini tetap bagus,” katanya lagi.

Kedudukan semasa menyaksikan Alex kini di ambang mencipta sejarah bersama abangnya, Marc Marquez yang muncul juara dunia musim ini selepas Francesco Bagnaia jatuh ke tangga keempat keseluruhan, manakala Marco Bezzecchi naik ke tempat ketiga.

“Ini hujung minggu yang sangat penting untuk tempat kedua kejuaraan. Kami akan ke Malaysia dengan kelebihan mata yang baik. Saya suka litar Sepang dan kami akan cuba sahkan kedudukan tanpa tekanan,” ujarnya.

Alex kini memiliki kelebihan 97 mata mengatasi Bezzecchi dan 105 mata di depan Bagnaia, dengan hanya 111 mata maksimum masih ditawarkan dalam tiga pusingan terakhir musim ini.

“Kami akan ke Sepang dengan keyakinan dan ketenangan yang sama. Saya tenang kerana tahu saya sudah beri segalanya hari ini,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI