fbpx
Salah seorang mangsa yang mengalami kecederaan akibat terkena serpihan mercun dalam kejadian di Jalan Paya Besar, Kulim semalam.

Mercun kelapa meletup di bawah disyaki dipasang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian letupan mercun sehingga mengakibatkan 22 individu cedera di Jalan Paya Besar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan memberitahu, hubungan dua suspek berusia 23 dan 34 tahun itu adalah rakan.

Katanya, insiden berlaku apabila salah seorang suspek yang ketika itu dipercayai dalam keadaan mabuk memasukkan mercun jenis kelapa ke dalam satu bekas silinder di tepi jalan di situ.

“Mercun itu dijual di khemah berdekatan pada harga RM200. Seterusnya rakannya bertindak membakar mercun itu, walau bagaimanapun ia meletup di bawah kerana disyaki dipasang secara terbalik,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, letupan tersebut mengakibatkan 22 orang awam cedera termasuk seorang parah pada kepala dengan dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Tambahnya, penjual mercun itu telah dikesan dan pihaknya sudah mengambil keterangan daripada 10 mangsa.

“Kita akan membuat permohonan reman pada esok dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI