fbpx
Gambar hiasan.

KKM komited perkukuh literasi kesihatan mental – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk memperkukuh literasi kesihatan mental menerusi pelaksanaan program seperti Program K-MindSET dan Komuniti Minda Sejahtera.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan telah peruntukan RM21.6 juta dalam Belanjawan 2026 bagi program tersebut dan dijangka dijangka memberi manfaat kepada 27.2 juta rakyat di seluruh negara.

Beliau berkata, program itu dilaksanakan khusus kepada golongan remaja dan dewasa melalui aktiviti komuniti, sokongan psikososial dan intervensi pasca-krisis (post-vention).

“Inisiatif ini bukan sekadar menangani isu kesihatan mental, tetapi membina masyarakat yang lebih empati, inklusif dan berdaya tahan agar setiap individu mampu hidup dengan minda yang lebih sihat dan sejahtera.

“Kesihatan mental adalah asas kesejahteraan hidup dan keharmonian sosial,”tulisnya di laman Facebook hari ini.

Program K-MindSET bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan mental, memperkukuh daya tahan psikologi komuniti, dan mewujudkan kumpulan sokongan komuniti.

Ia melibatkan latihan untuk ketua masyarakat dan sukarelawan, dengan fokus kepada pengenalan isu kesihatan mental, stigma, dan intervensi awal.

Objekti program ini adalah untuk memperluas kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan mental, melatih masyarakat untuk memberikan sokongan awal, dan mengurangkan stigma dalam kalangan komuniti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN