fbpx
Lokasi seorang remaja lelaki yang ditemui maut dipercayai lemas di sungai kawasan Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, Yan petang tadi. Gambar ihsan JBPM KEDAH

Remaja lemas rupanya mahu selamatkan adik lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Remaja lelaki yang ditemukan lemas di Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, di sini malam ini dikatakan cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam sungai di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Zareef Adam Ramli, 16, dan adiknya, Muhammad Wafiy Adam serta tiga lagi rakan mandi di kawasan tersebut.

“Pada pukul 6 petang, adik mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai dan remaja tersebut cuba selamatkan sebelum dia turut terjatuh ke dalam sungai.

“Adik mangsa kemudian berjaya naik sendiri ke tebing. Ketika kejadian air sungai dalam keadaan deras kerana selepas hujan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, adik dan rakan-rakan mangsa segera pulang ke rumah memaklumkan kejadian kepada ibu remaja tersebut yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Jasad pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak 1 dijumpai pukul 8.45 malam dalam keadaan tersangkut di tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi. Mayatnya dihantar ke Hospital Yan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang remaja lelaki dilaporkan lemas ketika mandi bersama beberapa rakan di kawasan sungai petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN