fbpx
Gambar hiasan.

Pendaki baru memang sering ditinggalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Rupanya, ada rakan kumpulan pendaki nampak saya tertidur dihurung lalat, tapi hanya mengabaikan kerana ingatkan sudah tidak bernyawa.”

Itu luahan seorang wanita yang mendakwa bahawa pendaki baharu sepertinya sering ditinggalkan oleh kumpulan pendaki ‘senior’.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, wanita berkenaan mendakwa pernah ditinggal ketika pertama kali mendaki kerana dianggap melewatkan perjalanan.

“Pengalaman saya pertama kali mengikuti aktiviti pendakian gunung, saya ditinggalkan kerana melewatkan perjalanan walaupun pada awalnya, ada dua rakan yang diamanahkan untuk menjaga saya.

“Saya hanya mampu mengikuti penanda merah yang ditinggalkan sebagai tanda laluan pendakian kami. Akhirnya, saya tertidur berseorangan dalam perjalanan ketika berehat sebentar,” ujarnya.

Tambahnya, dia (pendaki) terjumpa dengan kumpulan pendaki dari negara lain yang sanggup menemani perjalanannya.

Perkongsian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang menyifatkan sikap segelintir kumpulan pendaki sebagai tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Selain itu, ramai mengulaskan pendaki hanya mengejar gambar untuk dikongsi di media sosial tanpa memahami etika keselamatan mendaki.

“Saya pernah menolak ajakan rakan sekerja. Keesokan harinya, ada antara rakan yang bermasam muka kerana mendakwa ditinggalkan rakan lain yang biasa mendaki dengan alasan melewatkan perjalanan,” kata Daniel.

“Sebenarnya aktiviti mendaki ini jangan mengikut kenalan semata. Saya nasihat, bawalah kawan rapat yang memahami dan sanggup meneman setiap perjalanan,” komen Pansuh Keli.

“Saya antara orang yang selalu ditinggalkan kerana saya pilih untuk mendaki secara santai. Demi ketenangan jiwa dan keselamatan, saya selalu menolak ajakan rakan pendaki aktif yang lain supaya tidak menyusahkan mereka,” kata Nollys.

Semalam, Kosmo! melaporkan insiden kehilangan seorang lelaki ketika aktiviti pendakian berakhir tragis apabila mangsa ditemui maut selepas ditinggalkan oleh rakan-rakannya di puncak Gunung Liang, Perak.

Aktiviti mendaki seharusnya mengutamakan aspek keselamatan dan semangat berpasukan, bukannya menjadi punca keretakan hubungan sesama ahli kumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI