fbpx
Gobind berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di KL Sentral hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

Lebih 5,000 hadir bukti rakyat hargai nilai Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Digital, Gobind Singh Deo menzahirkan penghargaan kepada lebih 5,000 pengunjung yang membanjiri sambutan Deepavali Madani sambil menyifatkan kehadiran luar biasa itu sebagai bukti kukuh semangat perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, jumlah kehadiran yang melebihi jangkaan membuktikan rakyat Malaysia menghargai nilai inklusif dan keharmonian yang diterapkan melalui konsep Malaysia Madani.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan acara hari ini. Kehadiran lebih 5,000 orang adalah satu penanda yang cukup baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di KL Sentral di sini hari ini.

Gobind turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri kerana turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

“Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, konsep Malaysia Madani menekankan keperluan untuk membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang inklusif, memastikan kebajikan dan kebaikan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Tambahnya, sambutan Deepavali yang sinonim dengan cahaya dan pencerahan melambangkan harapan terhadap pemerintahan yang lebih baik dan telus di bawah kerajaan Madani.

“Saya percaya inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026 jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI