fbpx

Sultan Nazrin hadiri sambutan Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Nazrin dan Tuanku Zara berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali peringkat negeri Perak di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Deepavali 2023 peringkat negeri di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir.

Sejurus berangkat tiba sekitar pukul 2.45 petang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara diiring ke meja santapan bagi menikmati juadah yang dihidangkan antaranya mee rebus, mee goreng mamak, sambal tumis sotong, puri, prata dan kambing dalca.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 53 orang anak yatim daripada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Pertubuhan Pengurusan Pusat Jagaan 1Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Insan Kanak-kanak Arut Perum Jothy.

Sempena majlis itu, lebih 5,000 pengunjung berbilang kaum hadir dengan kira-kira 10 gerai menyediakan pelbagai juadah termasuk mee goreng, apam balik, sate, buah-buahan serta makanan tradisi masyarakat India seperti idli, puri, vadai dan putu mayam.

Sementara itu, Saarani dalam ucapannya berkata, sambutan Deepavali dihadiri rakyat berbilang bangsa, membuktikan perbezaan yang menjadi identiti dan keunikan rakyat negara ini tidak menjadi penghalang kelangsungan sebuah negara yang warganya sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan hormat menghormati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI