fbpx

Pelantikan semula Gobind Singh jadi bualan di X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind singh

PETALING JAYA – Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mencuri perhatian apabila namanya menjadi bualan hangat di aplikasi X, selepas dilantik semula sebagai anggota Kabinet Menteri Kerajaan Perpaduan.

Beliau diumumkan sebagai Menteri Digital dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi.

Ahli Parlimen Damansara ini yang juga Timbalan Pengerusi DAP akan bekerjasama dengan Datuk Ugak Anak Kumbang yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Digital.

Berdasarkan hasil pemerhatian daripada Kosmo! menunjukkan ramai yang berpuas hati dan kini rakyat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif yang bakal diperkenalkan oleh Gobind dalam peranannya sebagai Menteri Digital.

“Gobind dalam Kementerian Digital. Dengan pendigitalan utama yang berterusan di Malaysia, adalah penting untuk mempunyai kapten yang baik,” komen Thevesh.

“Semoga internet menjadi lebih murah dan pantas dengan Yb Gobind Singh kembali. Beliau adalah menteri pertama yang mendorong syarikat telekomunikasi menurunkan harga mereka,” kongsi Dr Nimelesh.

“Senarai menteri baharu yang bagus terutama Dr Dzul dan Gobind,” tambah Amirul Kalif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI