fbpx
GAMBAR HIASAN

Game ‘reward system’ kawal otak jadi ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendedahan kepada permainan video berunsur ganas boleh mempengaruhi corak pemikiran dan tingkah laku seseorang, khususnya remaja yang masih dalam fasa pembentukan identiti dan kawalan emosi.

Pensyarah Fakulti Pemba­ngunan Manusia yang juga Pakar Psikologi Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, permainan video ganas biasanya menggunakan sistem ganjaran atau reward system di mana pemain diberi ganjaran apabila berjaya melakukan aksi ganas.

“Ia boleh membawa kepada desensitisasi emosi, iaitu perbuatan mencederakan orang lain mula dilihat sebagai sesuatu yang normal,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tidak semua pemain permainan video ganas akan bertindak ganas di dunia sebenar kerana banyak faktor lain turut mempengaruhi.

“Faktor individu, keluarga dan persekitaran memainkan pe­ranan besar.

“Kajian antarabangsa terma­suk meta-analisis oleh American Psychological Association (APA) menunjukkan hubungan sederhana antara pendedahan kepada permainan video ganas dan kecenderungan agresif, tetapi bukan bukti langsung yang menyebabkan jenayah,” katanya.

Dr. Fauziah berkata, pendedahan berlebihan kepada kan­dungan ganas boleh menurunkan tahap empati dan meningkatkan toleransi terhadap keganasan.

“Remaja yang sering menonton atau bermain permainan berunsur ganas mungkin belajar memproses konflik secara impulsif iaitu bertindak dahulu, fikir kemudian.

“Ini lebih berisiko jika remaja tersebut mempunyai sejarah tekanan emosi atau isu kawalan marah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN