fbpx
Anwar (enam dari kiri) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tujuh dari kiri) bersama Menteri Tenaga ASEAN di Pusat Konvension Kuala Lumpur, hari ini. Foto IQBAL ROSLI/ KOSMO!

ASEAN tubuh inisiatif pembiayaan Grid Kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan Inisiatif Pembiayaan Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid Financing Initiative – APGF) bagi memastikan pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN dapat direalisasikan menjelang tahun 2045.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu dibangunkan bersama Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia bagi menggerakkan pembiayaan hijau serta mempercepat pelaburan rentas sempadan.

“APGF akan menjadi platform khusus untuk menyediakan projek berdaya maju dan mempercepat pembiayaan infrastruktur tenaga serantau sama ada di darat mahupun dasar laut.

“Ia memastikan visi kita untuk mewujudkan grid kuasa yang berhubung sepenuhnya menjelang 2045 bukan sahaja boleh dilaksanakan dari segi teknikal, tetapi juga berdaya tahan dari segi kewangan dan inklusif,” katanya.

Anwar berkata, langkah itu selaras dengan komitmen ASEAN untuk mencapai keseimbangan antara kemampanan, keselamatan dan kemampuan tenaga dalam menghadapi cabaran global.

Tegasnya, dengan kesatuan tujuan dan keazaman politik yang jitu, ASEAN mampu menjadi contoh kerjasama tenaga serantau yang mampan, adil dan progresif.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI