fbpx
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.

Pelaburan diluluskan di JS-SEZ mencecah RM37 bilion – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan jumlah pelaburan diluluskan di Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) telah mencecah RM37 bilion bagi separuh pertama tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut bersamaan 66 peratus daripada keseluruhan pelaburan di negeri Johor yang bernilai RM56 bilion.

Jelas Anwar, perkembangan positif itu dimaklumkan beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa (MOA) ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.

“Mesyuarat turut meneliti kemajuan pelaksanaan JS-SEZ termasuk sektor berpotensi, kesan pelaburan semasa serta langkah memperkukuh fasilitasi pelaburan, khususnya melalui Zon Kewangan Khas Forest City.

“Setakat ini, Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) telah berjaya menarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion,” tulis Anwar di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menegaskan pentingnya pembangunan di Iskandar Malaysia diselarikan dengan penyediaan kemudahan asas yang mencukupi.

Menurut beliau, hal itu penting agar kemajuan wilayah itu bersifat inklusif bagi memastikan tiada kelompok masyarakat yang terpinggir daripada arus kemakmuran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN