fbpx
Gambar yang dikongsikan seorang pengguna media sosial di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang susulan terputusnya bekalan eletrik di beberapa kawasan, sebentar tadi.

‘Blackout’, pengunjung pusat beli-belah pakat cari ‘jalan pulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Blackout’, eskalator dan sebahagian pintu automatik tak boleh guna. Berpusing-pusing dalam Midvalley (pusat beli-belah) ini.”

Demikian perkongsian orang ramai berhubung insiden bekalan elektrik terputus yang berlaku secara tiba-tiba di Lembah Klang sebentar tadi.

Hantaran pengguna media sosial yang menggunakan profil @Tyraramdzan itu turut mendapat perhatian netizen lain yang berkongsi situasi sama di pusat beli-belah lain.

“Pavilion Damansara pun ‘blackout’ kejap tadi (sebentar tadi),” kata @Allyxraja.

“Tadi nampak orang post (buat hantaran) AEON Maluri pun ‘blackout’. Mid Valley pun sama sebab hujan ribut teruk sangat ke?,” soal @Pigeonsocks.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kecoh di media sosial ketika ini mengenai perkongsian orang ramai di kawasan Petaling Jaya yang terjejas selepas bekalan eletrik dilaporkan terputus secara tiba-tiba.

Turut terkesan, Pejabat Operasi Media Mulia Sdn. Bhd. yang menerbitkan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia di Persiaran Barat, di sini.

Tenaga Nasional Berhad memaklumkan, gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa kawasan di Kepong, Kuala Lumpur dan pihaknya berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja baik pulih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI