fbpx
BEBERAPA tetamu majlis pernikahan dirawat di pusat kesihatan. - Foto Istimewa

32 tetamu majlis kahwin loya, muntah, demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebanyak 32 penduduk di Majene, wilayah Sulawesi Barat mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan di sebuah majlis perkahwinan, lapor portal berita Detikcom hari ini. 

Kesemua mangsa dibawa ke pusat kesihatan selepas mengalami simptom seperti loya, muntah dan demam.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang mengalami keracunan makanan dalam kejadian ini direkodkan seramai 32 orang, terdiri daripada 20 lelaki dan 12 perempuan,” kata Ketua Balai Polis Malunda, Inspektor Antonius B kepada wartawan.

Menurut Antonius, kejadian bermula apabila penduduk menghadiri majlis perkahwinan itu pada Selasa lalu. 

Para tetamu kemudian menikmati hidangan yang disediakan di lokasi tersebut.

Sebahagian daripada mereka mula mengalami gejala seperti loya, muntah, sakit perut, menggigil diikuti demam pada keesokan harinya.

Gejala tersebut berterusan sehingga jumlah mangsa yang dibawa ke pusat kesihatan meningkat kepada 32 orang semalam.

“Jumlah pesakit meningkat kepada 32 orang dan salah seorang daripada mereka dirujuk ke Hospital Daerah Majene untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Antonius menambah, polis sedang menyiasat kes itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI