fbpx
SALAH meledak dua gol ketika Mesir menewaskan Djibouti untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026. - AFP

Piala Dunia: Salah bantu Mesir layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CASABLANCA – Mesir mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Djibouti pada aksi kelayakan di Stadium Larbi Zaouli awal pagi semalam.

Dua gol menerusi bintang Liverpool, Mohamed Salah serta satu gol Ibrahim Adel memastikan skuad Pharaohs itu melangkah ke saingan Piala Dunia buat kali keempat dalam sejarah negara tersebut.

Ketua Jurulatih Mesir, Hossam Hassan menyuarakan rasa gembira atas kejayaan anak-anak buahnya mengesahkan kemaraan selain menganggap pasukan itu sepatutnya layak dalam setiap edisi.

“Alhamdulillah atas kejayaan ini. Semua orang berhak untuk meraikan kegembiraan dan saya rasa seperti tidak betul apabila Mesir baru sahaja melangkah ke Piala Dunia sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Banyak generasi sudah terlepas (ke Piala Dunia) tetapi kami mahu memastikan Mesir sentiasa layak pada masa akan datang. Bagi saya, kejayaan ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menganggap pemain-pemain muda yang berada dalam skuad sudah meraih pengalaman cukup berharga selain merasai sendiri pengalaman beraksi menentang pasukan-pasukan terbaik.

“Generasi terbaharu yang menyertai pasukan sudah meraih pengalaman dan tahu tanggungjawab kepada pasukan. Kredit harus diberikan kepada semua pihak termasuk pemain, persatuan serta staf pasukan,” ujar Hassan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN