fbpx
KANAK-KANAK Palestin meraikan gencatan senjata di sebuah kem pelarian di Nuseirat, tengah Gaza hari ini. – AFP

Gencatan senjata Gaza bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV –  Tentera Israel mengumumkan bahawa gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) atau 5 petang waktu Malaysia hari ini,  selepas Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang dicadangkan Presiden Donald Trump.

“Perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pukul 12.00 tengah hari (waktu tempatan),” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

“Sejak pukul 12, tentera israel mula berundur ke kawasan garis penempatan semula yang dikemas kini sebagai persediaan untuk perjanjian gencatan senjata dan pemulangan tebusan,” tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN