fbpx
Para pelajar yang mengalami simptom influenza dirujuk di Klinik Kesihatan Merbok semalam.

‘Tangguhlah dulu peperiksaan, ramai anak kena influenza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Ibu bapa menyuarakan kebimbangan untuk menghantar semula anak mereka ke asrama di dua buah sekolah di daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu susulan penularan jangkitan influenza.

Ekoran itu, rata-rata dalam kalang mereka mahu minggu peperiksaan ditangguhkan ke tarikh lain.

Jangkitan itu mula dikesan selepas sejumlah pelajar menunjukkan simptom jangkitan seperti demam berpanjangan, batuk, sakit sendi serta mengalami akut pernafasan sejak Khamis lalu.

Difahamkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda dan Kubang Pasu telah pergi ke sekolah terlibat dengan sebahagian pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Seorang waris pelajar sebuah sekolah agama di Merbok yang ditemui mengakui ramai pelajar sekolah itu mengalami gejala influenza sejak Khamis lalu.

“Kami difahamkan sejak gejala itu merebak, ramai pelajar telah dibawa oleh pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan di Klinik kesihatan Merbok.

“Walau bagaimanapun ekortan pelajar sedang menduduki peperiksaan sekarang, mereka perlu meneruskan persekolahan seperti biasa,” katanya.

Dia berharap pihak sekolah dapat mengubah jadual peperiksaan bagi memberi masa yang secukupnya kepada pelajar yang sedang mengalami gejala demam berpanjangan berehat dan kua­rantin di rumah.

Seorang waris yang enggan dikenali berkata, dia pergi menjemput anaknya dari sekolah pada pagi semalam selepas mengalami demam, sakit kepala, batuk dan sakit pada sendi.

“Walaupun keputusan ujian calitan hidungnya negatif, saya tetap membawanya pulang untuk berehat di kampung selepas diberikan cuti rehat selama empat hari,” katanya.

Ujar waris kepada pelajar tingkatan dua itu lagi, pihak pengurusan sekolah diharap dapat menangguhkan sementara sesi persekolahan bagi mengelak jangkitan serta memudahkan proses sanitasi.

Seorang lagi waris, dua anak­nya di sebuah sekolah menengah di daerah Kubang Pasu diarah pulang ke rumah berikutan jangkitan influenza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN