fbpx
Anggota bomba mencari mangsa di Sungai Tuntung di Pantai Remis petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

Lelaki hendak mencari siput dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Tuntung di Pantai Remis dekat sini ketika hendak mencari siput petang tadi.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.04 petang dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa berumur 27 tahun dikenali sebagai Mohamad Zulkifli Mat Saad.

“Komander operasi membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja pencarian di kawasan mangsa dikuatiri jatuh.

“Pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pangkor dan BBP Kuala Kangsar telah dihubungi untuk memberi bantuan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Shazlean berkata, pencarian melibatkan penggunaan sebuah bot Whaly dan bot nelayan di sungai paya bakau berkenaan.

“Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga sedang diwujudkan di lokasi kejadian. Laporan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI