fbpx
MARQUEZ terlepas dua perlumbaan ekoran patah tulang bahu akibat kemalangan di GP Indonesia minggu lalu. - AFP

MotoGP: Marquez sah terlepas dua aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Juara dunia MotoGP 2025, Marc Marquez disahkan terlepas dua perlumbaan di Australia dan Malaysia selepas mengalami kecederaan patah tulang dan ligamen di bahu kanan, susulan kemalangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Indonesia, Ahad lalu.

Pelumba Sepanyol itu mengalami kecederaan tersebut susulan kemalangan pada pusingan pertama GP Indonesia hujung minggu lalu, selepas dirempuh dari belakang oleh pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, di Litar Mandalika, Lombok.

Menurut pasukan Ducati, Marquez mengalami patah pada pangkal korakoid serta ligamen bahu kanan, namun pasukan berpangkalan di Bologna, Itali itu menafikan kecederaan itu berkait dengan sejarah kecederaan bahu sebelum ini.

“Pasukan perubatan Marquez di Madrid memilih rawatan terbaik yang memerlukan rehat sepenuhnya serta penggunaan anduh bagi memastikan pemulihan sepenuhnya,” kata Ducati dalam satu kenyataan.

Marquez menarik nafas lega kerana kecederaannya yang menimpanya tidak serius dan bukan kecederaan berulang yang menimpanya setahun yang lalu yang memerlukan rawatan yang panjang.

Kecederaan itu menyebabkan Marquez akan terlepas aksi Phillip Island (17-19 Oktober) dan Litar Antarabangsa Sepang (24-26 Oktober). Ini bermakna juara tujuh kali itu hanya berpeluang untuk kembali beraksi dalam dua baki perlumbaan musim ini di Portugal (7-9 November) dan Valencia (14-16 November).

“Syukurlah kecederaan ini tidak serius, tetapi saya perlu patuhi tempoh pemulihan yang disarankan doktor. Matlamat saya adalah untuk kembali berlumba sebelum musim berakhir, tetapi tanpa tergesa-gesa. Keutamaan sekarang ialah pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Marquez mempunyai sejarah kecederaan yang panjang termasuk patah lengan kanan pada 2020 yang hampir memaksanya bersara. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI