fbpx
GAMBAR HIASAN

Emas diparas tertinggi RM595 segram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Harga emas melepasi paras AS$4,000/auns (RM595/gram) buat kali pertama dalam sejarah pada Rabu, apabila pelabur beramai-ramai beralih kepada aset selamat berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan AS.

Kenaikan harga logam berharga itu juga berlaku selepas kebimbangan bahawa rali dalam sektor teknologi yang telah mengangkat pasaran ekuiti ke paras tertinggi yang mungkin telah melampaui batas, mencetuskan desas-desus tentang gelembung aset.

Pedagang telah mengumpul emas sepanjang tahun ini, yang melonjakkan harganya lebih 50 peratus berbanding awal 2025 di sebalik pelbagai isu termasuk ketidaktentuan ekonomi global, perang perdagangan Donald Trump dan krisis geopolitik.

Daya tarik emas bertambah minggu ini disebabkan kemelut politik di Perancis, di mana Perdana Menterinya yang baharu, Sebastien Lecornu telah meletak jawatan.

Emas yang lama dianggap sebagai pilihan selamat dalam tempoh ketidaktentuan naik ke paras tertinggi AS$4,006.68 semalam, meskipun dolar AS telah naik berbanding kebanyakan mata wang setara dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Penutupan beberapa bahagian kerajaan AS menambah rasa kurang senang dalam kalangan pelabur dengan data ekonomi utama, termasuk pekerjaan ditangguhkan, mengeruhkan kea­daan untuk Rizab Persekutuan AS membuat keputusan mengenai kadar faedah.

“Kenaikan pesat harga emas telah disokong peningkatan ali­ran masuk ke dalam (dana dagangan bursa) dan pembelian oleh bank pusat.

“Ini termasuk permintaan kukuh dari China, kerana emas mendapat manfaat daripada ketidaktentuan politik, ekonomi dan inflasi,” menurut Taylor Nugent dari National Australia Bank.

Ketika emas melonjak, pasaran ekuiti menjadi lebih lemah di Asia apabila persoalan timbul mengenai ratusan bilion dolar yang dilaburkan dalam kecerdasan buatan (AI).

Laporan margin keuntungan firma perisian pengkomputeran awan, Oracle yang jauh lebih rendah daripada jangkaan telah memberi isyarat menakutkan kepada pedagang, dengan ketiga-tiga indeks utama Wall Street jatuh ke paras merah.

“Pedagang tidak menunggu penjelasan, mereka hanya terus mula melonggarkan kedudukan mereka,” tulis Stephen Innes dari Pengurusan Aset SPI.

Pasaran Hong Kong dan Taipei antara yang paling rugi, manakala Sydney dan Singapura turut jatuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI