fbpx
Ahli keluarga membantu urusan pengebumian Allahyarham Siti Liah di Tanah Perkuburan Islam Rambutan Rendang, Kota Bharu hari ini.

Siti Liah, wanita tertua di Kelantan meninggal dunia pada usia 124 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Wanita tertua di Kelantan, Siti Liah Mamat meninggal dunia pada usia 124 tahun di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Panji, di sini semalam.

Siti Liah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11 malam tadi akibat sakit tua selepas tiga hari tiada selera makan.

Cucu Siti Liah, Azhar Mustapha, 50, berkata, neneknya yang sebelum ini berniaga di Pasar Melor dekat sini tinggal bersama ibunya, Manura Mohamed Idris, 75.

Menurutnya, arwah neneknya menghembus nafas terakhir di sisi keluarga yang hadir iaitu anak-anak dan cucu.

“Arwah nenak tiada selera makan sejak tiga hari sebelum dia meninggal dunia. Arwah sebelum ini tidak mengalami masalah kesihatan.

“Semua anak-anak termasuk cucu sayang kepada nenek kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azhar memberi, jenazah neneknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rambutan Rendang di sini tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI