fbpx
LIF perlu diselenggara setiap masa bagi kemudahan semua penghuni. - GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Susahnya hidup dengan orang culas bayar kos ‘maintenance’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Isu tunggakan caj penyelenggaraan di kawasan perumahan bertingkat bukanlah perkara baharu, tetapi isu lama yang semakin hari semakin meresahkan.

Tindakan culas pemilik mahupun penyewa rumah ini seperti menjadi duri dalam daging kepada penghuni lain yang bersikap jujur dengan sentiasa menjelaskan yuran penyelenggaraan tepat pada masanya.

Isu bukan semata-mata soal berhutang, tetapi kesan daripada tindakan lepas tangan itu telah menjejaskan pelbagai kemudahan asas di kawasan kejiranan.

Ia menyebabkan pihak pengurusan menghadapi kekangan kewangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan kawasan, penyelenggaraan lif, pembaikan sistem paip serta keselamatan.

Sebagai contoh, sebuah blok kediaman bertaraf pangsapuri di Kajang mempunyai tunggakan caj penyelenggaraan yang mencecah lebih RM120,000.

Bayangkan apa akan berlaku jika lif tidak dibaiki, sampah tidak diurus dengan baik dan sistem keselamatan dimansuhkan?

Sudah pasti ia menjejaskan kehidupan seluruh penghuni blok kediaman termasuk mereka yang sentiasa membayar caj.

Justeru, kepada para penghutang, fikir-fikirkan dan jadilah manusia jujur dan lebih bertanggungjawab.

HADI
Orang Kajang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN