fbpx
Kor Ming (lima dari kiri) selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah menengah dalam DUN Buntong pada Program Sumbangan Kasih MADANI Sempena Deepavali 2025, di Buntong, Ipoh hari ini.

RUU PBS: Resolusi dikemukakan UMNO akan dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiga resolusi yang diusulkan UMNO berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) dalam Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan dikaji secara terperinci oleh kerajaan bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar pembangunan semasa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, semakan terhadap resolusi tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia).

Katanya, pindaan RUU PSB itu akan dilaksanakan sekiranya resolusi dan cadangan penambahbaikan yang dibentangkan UMNO itu adalah praktikal dan memberi manfaat kepada semua pihak.

“Sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, KPKT sentiasa mengamalkan dasar terbuka. Sebab itu saya selalu mengalukan-alukan pandangan yang bernas dan teguran konstruktif apabila merangka apa-apa akta atau undang-undang.

“Kerana niat kita adalah suci dan murni di mana RRU PSB ini dirangka dengan objektif adalah untuk membantu rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Sumbangan Kasih MADANI Sempena Deepavali 2025, di sini hari ini.

Pada program tersebut, seramai 625 pelajar sekolah menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong menerima sumbangan RM400 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000.

Sementara itu, ditanya mengenai bila RUU PSB itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Kor Ming berkata perkara itu akan dilakukan selepas selesai pembentangan Belanjawan 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI