PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi berita duka apabila memaklumkan pemergian besan beliau, Sabeena Munir Watanabe.
Menurut Anwar, beliau bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga hadir ke Masjid At-Taqwa, Bangi petang tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
“Hari ini adalah hari duka buat saya, Azizah dan keluarga tatkala menerima khabar pemergian besan kami, Hajah Sabeena Munir Watanabe.
“Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Allahyarham Sabeena merupakan mentua kepada Nurul Ilham isteri kepada Luqman Watanabe.
“Al-Fatihah,” tulis Perdana Menteri ringkas.- KOSMO! ONLINE