fbpx
Tangkap layar yang dikongsikan Fahmi Ayub di TikTok hari ini.

[VIDEO] ‘Mummy love you eternally sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mummy love you eternally (selama-lamanya) sayang.”

Itu luahan pilu Nurul Husna selepas anak kesayangannya, Amir Husayn maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.

Menerusi tangkap layar status WhatsApp Nurul Husna yang dikongsikan kenalannya, Fahmi Ayub di TikTok, wanita itu turut memuat naik gambar terakhir anak kembarnya itu.

“Last (terakhir) gambar berdua. Doakan anak saya Amir Husayn bin Amirul Ridzuan baru sahaja meninggalkan kita selamanya pukul 11.30 pagi tadi (semalam),” tulis wanita di ruangan kapsyen.

Sementara itu, dalam perkongsian Fahmi Ayub, dia juga berkongsi momen terakhir Nurul Husna dan suaminya sepanjang proses pengebumian jenazah bayi 12 bulan mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lagi anak pasangan terbabit mencium jenazah kembarnya selepas selesai dikapankan.

Wajah Nurul Husnah dan suaminya tampak sungguh tenang sepanjang urusan pengebumian dijalankan.

Di ruangan komen, ramai yang mendoakan buat Allahyarham Amir Husayn dan menitipakn kata-kata semangat untuk seluruh keluarga bayi itu.

“Salam takziah untuk seisi keluarga. Arwah dah tunggu dekt syurga,” kata @Din pau7786.

“Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk keluarga. Saya ada anak besar itu tak boleh tahan air mata baca berita ini,” komen @Rina Khay.

“Semoga dia menjadi asbab syurga buat ibu ayahnya,” kata @Julie Lily.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bayi maut, manakala lapan individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang semalam.

Dalam kejadian itu, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, pemandu lori berusia 42 tahun yang terbabit dalam kemalangan maut itu direman dua hari untuk siasatan lanjut.

“Siasatan bagi kes ini masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis juga telah merakam lima keterangan termasuk pemilik iaitu majikan lori terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@izznaurahanaa Al Fatihah Amir Husayn ❤️ #bayisyurga #anaksyurga #tragedikajangsilk #kajangsilkhighway ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI