fbpx
Tangkap layar yang memaparkan keadaan Yamaha RXZ terpakai di sebuah kedai menjual motosikal.

[VIDEO] ‘RM20,000 bukan kondisi reban macam ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “RM20,000 punya harga bukan kondisi macam reban macam ini, ini macam besi buruk.”

Itu antara komen pengguna selepas menonton klip video memaparkan harga terkini sebuah motosikal Yamaha RXZ terpakai di sebuah kedai.

Lebih mengejutkan, terdapat beberapa bahagian motosikal tersebut yang sudah berkarat seperti rim dan brek cakera, manakala tempat duduknya juga sudah lusuh serta koyak.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak itu, terpampang harga dipamerkan iaitu RM20,000 dan turut tertulis 92 peratus bahagian motosikal tersebut masih original atau asli.

Dalam klip video itu juga turut kelihatan sebuah lagi motosikal jenis sama yang berharga sedikit rendah iaitu RM18,880 kerana hanya 80 peratus aksesori dan bahagiannya masih asal.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi sebenar kedai motosikal tersebut dan tarikh sebenar video itu dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menganggap harga motosikal itu tidak masuk akal kerana keadaannya yang sedikit agak buruk dan kusam.

“Tahun 2000 beli RM9,900 nak keluar kedai Cina siap wet (kiwi) tayar,basuh berkilat-kilat Sekarang RM20,000 pun besi buruk,” tulis Ketupah Opah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Kauthar.

“RM20,000 punya harga bukan kondisi reban macam ni, jangan main sebat sahaja semua RXZ harga boleh pergi macam ini, kena tengok kondisi juga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI