fbpx
Keadaan kanak-kanak yang parah akibat dipukul dengan tukul dalam kejadian di Jelawat, Bachok kelmarin.

Polis panggil ibu bapa kanak-kanak parah dipukul dengan tukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Polis akan memanggil ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang parah dipukul dengan tukul di Jelawat, di sini kelmarin untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, ibu dan bapa kepada mangsa yang berusia tujuh tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini hari ini.

Menurutnya, selain itu, pihaknya juga akan memanggil saksi lain yang berada berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada isteri suspek yang merupakan ibu saudara mangsa selepas kejadian itu.

“Wanita itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis apabila selesai memberi keterangan pada petang semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Azrie memberitahu, prosedur mengambil keterangan ibu bapa dan saksi kejadian dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Tambahnya, mangsa masih dalam keadaan kritikal di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI