fbpx
Fahmi (enam dari kiri) ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan Penyiaran 5G di sini hari ini.

Kerajaan teroka teknologi penyiaran 5G – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan kini sedang meneroka potensi penggunaan teknologi Penyiaran 5G bagi memperkukuh kaedah penyampaian sektor penyiaran negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini, teknologi itu sedang diuji Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan ia sesuai digunakan di negara ini.

Beliau berkata, MCMC turut meneliti aspek teknikal melibatkan isu gangguan spektrum dan kesesuaian dalam keadaan tertentu bagi melihat kemampuan bagi teknologi ini.

“Isu yang MCMC uruskan adalah dari segi aspek teknikal untuk membolehkan teknologi ini digunakan tanpa mendatangkan gangguan kepada mod penyiaran yang lain ataupun perkhidmatan telekomunikasi sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Penyiaran 5G di sini hari ini.

Katanya, teknologi berkenaan dijangka akan matang dalam beberapa tahun akan datang memandangkan terdapat negara Eropah yang akan mula menggunapakainya seawal 2027.

Fahmi berkata, beliau menjangkakan teknologi ini akan berkembang antara tempoh 2027 hingga 2030 sebelum ia dimanfaatkan sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN