fbpx
Zamri meninjau kemusnahan rumahnya akibat hakisan pantai yang berlaku pada Januari lalu di Kampung Pantai, Batu Rakit, Kuala Nerus semalam.

Bimbang rumah ‘ditarik’ ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Penduduk Kampung Pantai, Batu Rakit di sini, mula resah memikirkan kediaman mereka yang mungkin runtuh atau ‘ditarik’ ombak besar berikutan musim tengkujuh yang dijangka bermula pada bulan depan.

Kira-kira sembilan rumah yang hampir dengan pesisir pantai dikatakan paling berisiko me­nunggu masa menyembah bumi akibat hakisan pantai tersebut.

Seorang penduduk Mat Yusoff Abdullah, 73, mendakwa, rumahnya kini hanya tinggal kira-kira 20 meter dari pesisir pantai.

“Hakisan pantai yang berlaku setiap kali musim tengkujuh amat kronik. Dianggarkan kira-kira 30 meter kawasan di belakang rumah saya kini sudah masuk ke dalam laut dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya mula risau memikirkan kemungkinan giliran rumah saya pula ‘hilang dalam peta’ pada musim tengkujuh tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Pantai, Batu Rakit di sini semalam.

Seorang lagi penduduk terjejas, Zamri Sulong, 42, mendakwa, dia sekeluarga tidak dapat melupakan saat rumahnya me­ngalami kerosakan teruk akibat dipukul ombak pada musim tengkujuh lalu.

“Ombak besar musim tengkujuh itu mengakibatkan hakisan pantai yang menjejaskan rumah pusaka berusia 80 tahun didiami saya sekeluarga.

“Kerosakan yang dialami akibat hakisan pantai pada bulan Januari lalu agak teruk sehingga rumah kami tidak selamat lagi didiami,” ujarnya.

Zamri berkata, dia sekeluarga kini terpaksa menyewa rumah lain atas ihsan Majlis Agama ­Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sejak lapan bulan lalu.

Seorang lagi penduduk, Roh­mah Abd Ghani, 60, berharap rintihan mereka mendapat perhatian pihak berkuasa khusus­nya Kerajaan Negeri Terengganu.

“Kami telah banyak kali me­ngadu kepada wakil rakyat tetapi setakat ini tiada jalan penyelesaian. Tempat lain berhampiran mula dibina benteng penahan dan pemecah ombak tetapi tidak bagi kampung ini.

“Kalau terpaksa berpindah, kami bersedia asalkan diberi tapak rumah baharu sebagai ganti tanah yang dimiliki sejak beberapa generasi ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN