fbpx
Lebih 30 tahun dalam industri dengan lebih 40 anugerah hanya menerusi AIM, tahun ini siti menerima pengiktirafan tertinggi dalam majlis berkenaan apabila dipilih sebagai penjulang Anugerah Seri Wirama AIM24.

‘Aina Abdul ada potensi yang sangat besar dalam industri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIGA dekad meladeni dunia anak seni dengan ratusan anugerah berprestij sehingga dijulang sebagai Biduanita Negara, begitu indah susunan kerjaya seni figura Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pada 13 September lalu, satu lagi pencapaian hebat terlakar dalam kamus kerjayanya apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Menurut Siti, 46, Anugerah Sri Wirama diletakkan sebagai pengiktirafan tertinggi dalam kerjaya seninya yang bermula sejak usianya 16 tahun.

“Anugerah Sri Wirama ini sebagai pengiktirafan yang terbesar dalam kerjaya muzik saya.

“Terharu kerana mereka menghargai saya sewaktu saya masih lagi berkarya dan dedikasikan kepada semua insan yang menjaga, menaikkan nama dan mengatur perjalanan kerja saya termasuk pihak media.

“Alhamdulillah rezeki pada usia 46 tahun, satu kenangan yang manis sepanjang saya tercalon dalam AIM,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

SITI Nurhaliza  menyifatkan AIM sebagai nadi yang menghidupkan arus muzik di malaysia. – AFIQ RAZALI

Mengulas mengenai ramai pendatang baharu yang mendominasi AIM24, Siti merasakan setiap pemenang layak dan mempunyai peluang besar untuk terbang lebih tinggi.

Biduanita Negara itu juga terharu apabila penyanyi, Aina Abdul turut menjadikannya sebagai ikon dalam kerjaya seninya.

“Saya jangka masa depan mereka cerah dan memiliki peluang besar untuk terus menyinar.

“Semoga semua anak seni terus bersatu supaya industri kita akan berkembang maju.

“Terima kasih Aina sebab sebut nama saya dalam ucapannya, dia ada potensi yang sangat besar dalam industri,” jelasnya yang pernah memenangi trofi Vokal Wanita Terbaik AIM sebanyak 13 kali.

Bercerita tentang impak AIM terhadap kerjaya seni, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu menyifatkan anugerah tersebut sebagai nadi kepada industri muzik.

Dia bahkan menyambut baik dengan penganjuran AIM kerana mengiktiraf semua pihak yang terlibat termasuk individu belakang tabir.

“Dengan AIM inilah orang akan menilai prestasi muzik kita, mengenali tahu barisan penyanyi baru dan pencipta lagu yang berkualiti serta bagus. 

“Jadi, di sinilah pentas untuk anak seni yang berada di belakang tabir termasuk pencipta lagu rasa dihargai juga. 

“Ini untuk beri semangat kepada mereka jugalah sebab kalau tiada insan-insan yang macam bahagian kreatif, susunan muzik dan sebagainya, tak akan wujud sebuah album serta lagu yang indah,” katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN