PANDU Puteri Malaysia merupakan sebuah pergerakan beruniform yang bertujuan membentuk jati diri, kepimpinan, kemahiran hidup serta keyakinan diri dalam kalangan pelajar perempuan. Melalui aktiviti seperti perkhemahan, bengkel, latihan ikatan, survival dan lencana kecakapan (LK), Pandu Puteri menjadi platform penting dalam melahirkan generasi wanita berani, berkemahiran serta mampu berdikari. Salah seorang remaja, Jessica Adryanna, 15, berkata, penyertaan dalam Pandu Puteri membantunya membina sifat kepimpinan. Ujarnya, sifat itu sukar diasah melalui aktiviti pembelajaran harian. Menurut anak Orang Asli daripada suku kaum Jakun……