fbpx
Anthony Loke memuat naik gambar anggota JPJ menahan 'ulat' di KLIA.

Sewa kereta untuk ‘angkut’ pelanggan secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Aktiviti ulat tiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semakin berleluasa meskipun pelbagai operasi dijalankan, malah sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik lebih licik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kumpulan ini menyewa kereta daripada syarikat atau individu sebelum menggunakannya untuk menjalankan kegiatan haram itu.

“Dengan cara ini, mereka mengurangkan risiko kerana jika kenderaan dirampas atau dilucut hak, pemilik asal yang menanggung kerugian. Mereka bergerak dalam kumpulan serta amalkan sistem perkongsian risiko,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang di sini hari ini.

Beliau berkata, aktiviti ulat tiket bukan sahaja menyalahi undang-undang malah menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.

Jelasnya, JPJ hanya mempunyai kuasa untuk menahan kenderaan yang digunakan, manakala tindakan ke atas individu adalah bidang kuasa polis.

“Bagi kes terbaru, kita telah membawa ke mahkamah untuk permohonan lucut hak kenderaan. Saya juga sudah arahkan JPJ memperhebat operasi pengintipan secara berterusan di KLIA.

“Pemilik kereta sewa juga tidak boleh lepas tangan. Mereka perlu menyemak latar belakang penyewa kerana jika kenderaan digunakan untuk aktiviti menyalahi undang-undang, pemilik juga akan menanggung akibatnya,” tegasnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang ulat tiket ditahan selepas membawa seorang pelancong asing dengan wang tunai sebanyak RM836 di Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN