fbpx
Kontek Kamariah menunjukkan antara jenis id bromeliad ketika ditemui di Pulau Bongek, Rembau baru-baru ini.

Hobi jadi duit, lepas duha terus hadap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang warga emas tidak menyangka hobi menanam pokok bunga dan hia­san mendatangkan pendapatan lumayan mencecah empat angka hingga dia menjadi tular dan mempunyai pe­langgan di seluruh negara.

Kontek Kamariah Mohd. Ali, 68, berkata, segalanya bermula apabila dia menukar hobi membiakkan orkid daripada menanam dan mengahwinkan bunga kertas yang dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Katanya, minatnya berubah apabila menanam pula pokok bunga nanas atau bromeliad yang lebih cantik dan mudah dijaga tanpa baja ketika perintah kawalan pergerakan ekoran Covid-19.

“Mulanya saya beli anak pokok di Kendong dan Gadong pada harga RM30. Bila ia besar dan keluarkan anak saya lebih teruja.

“Kini sudah ada lebih 500 pokok bromeliad dengan anggaran 30 jenis identiti antaranya fireball, AEC merah, AEC kuning, pinot, lotus, samurai dan lain-lain lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Bongek di sini baru-baru ini.

Menurut Kontek Kamariah, dia mula membelek pokok itu selepas solat sunat duha sehingga zuhur dan dijual pada harga RM15 hingga RM80 mengikut saiz.

Tambahnya, suaminya, Rusli Hamzah, 76, yang merupakan pesara tentera menyokong hobinya sehingga menjadi tular.

“Kebanyakkan pembeli me­rupakan rakan serta ahli peminat kumpulan bromeliad yang hanya terdiri daripada 45 orang di seluruh negara. Ada juga pembeli dari Banting dan Bangi, Selangor serta Bukit Gambir, Johor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN