NEW DELHI – Semua kedai Apple Store memulakan perniagaan untuk menjual telefon bimbit terbarunya, iPhone 17 pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) untuk pembeli di India, lapor portal berita India Today hari ini.
Namun, keterujaan jelas kelihatan apabila terdapat pembeli yang sanggup beratur berjam-jam sebelum jualan bermula.
Apple mempunyai empat Apple Store berprestij di India, setiap satu terletak di New Delhi, Mumbai, Bengaluru dan Pune.
Sebahagian pembeli berkata, mereka sudah menunggu sejak pukul 1 pagi (waktu tempatan) untuk menunggu kedai Apple dibuka pada pukul 8 pagi.
Ada yang sanggup mengambil cuti sakit semata-mata untuk hadir sempena pelancaran iPhone 17.
Barisan pembeli di New Delhi meliputi dua tingkat pusat membeli-belah dengan beberapa kerusi disediakan untuk mereka.
Keadaan serupa berlaku di dua Apple Store lain di India sama ada di Bengaluru atau Pune.
Harga iPhone 17 bermula dari 82,900 rupee (RM4,000) sehingga 149,900 rupee (RM7,200) . – AGENSI