fbpx
Mangsa maut selepas motosikalnya terjatuh di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Gua Musang semalam. IHSAN POLIS

Lelaki maut motosikal terjatuh semasa redah hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas sebuah motosikal yang dia tunggang dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya semasa meredah cuaca hujan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa, Rostam Mohd. Razali @ Ab. Rahman, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Lipis.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan. Mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI