fbpx
SHERRY menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.

‘Ramai pula DM ajak kahwin, takutlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada lelaki yang mengajaknya mendirikan rumah tangga.

Perkara tersebut dipercayai selepas sebuah artikel mengenai Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim yang masih bujang walaupun usianya sudah menginjak 42 tahun.

“Sekarang ceritanya, ramai pula DM (mesej langsung) ajak kahwin. Lawaknya.

“Ingat kahwin senang-senang, suka-suka. Takutlah.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Gadis Masa itu hanya menyerahkan soal jodoh kepada Illahi selain berseloroh akan merahsiakan perkahwinannya jika dia mendirikan rumah tangga kelak.

“Tak apa, saya tunggu Allah SWT aturkan atau pun saya kahwin tak nak umumkan.

“Nak kahwin senyap-senyap saja lah,” selorohnya.

Sherry Ibrahim antara selebriti wanita yang kerap diasak tentang soalan kahwin.

Sebelum ini, bekas pramugari itu pernah menyulam cinta bersama pelakon Fattah Amin selama dua tahun selepas putus sekitar tahun 2016.

Dia juga pernah dikaitkan dengan Ryzal Jaafar apabila menerima hadiah berupa jambangan bunga lili oleh pelakon itu ketika ulang tahun kelahirannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN