fbpx
NASI beriani yang tidak dijual. - Foto Muhammad Shazain Faiha Muslim Food Paradise/Facebook

Menyamar wakil tentera, lelaki lesap selepas pesan 150 bungkus beriani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang penjaja terpaksa membuat rayuan di Facebook supaya orang ramai membeli nasi beriani jualannya, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Rayuan dibuat selepas dia mendakwa menerima pesanan pukal daripada seseorang yang mengaku wakil Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tetapi akhirnya tidak mengambilnya.

Dalam hantaran Facebook pada malam 10 September lalu, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, pihak SAF telah menjalankan siasatan.

Namun, SAF tidak menemui sebarang bukti bahawa individu tersebut mempunyai kaitan dengan agensi berkenaan.

Gerai Muhammad Shazain Faiha, Muslim Food Paradise di Pasar Tiong Bahru memuat naik kenyataan pada 9 September lalu bahawa dia ditipu dengan pesanan palsu sebanyak 150 bungkus nasi beriani ayam dan kambing.

Selain makanan, lelaki itu turut memesan  air mineral dalam botol

Ahli Parlimen Tanjong Pagar GRC, Foo Cexiang menyeru penduduk tempatan membeli 150 bungkusan nasi beriani yang telah disiapkan.

Pada hari sama Foo berkata,  semua 150 bungkus beriani itu akhirnya berjaya dijual. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI