fbpx
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Warga emas dituduh amang seksual kanak-kanak perempuan 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, April lalu.

Tertuduh, Roslan Sujak, 64, mengaku faham selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha, namun memohon untuk dibicarakan.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Lorong Pandan Perdana 1/21, Taman Pandan Perdana, di sini, pada April lalu.

Mengikut pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa di tepi jalan Lorong Kampung Padang 2, di sini, pada bulan sama..

Hakim kemudian memutuskan tiada jaminan ditawarkan buat masa ini, namun tertuduh boleh mengemukakan permohonan selepas melantik peguam dan 15 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI