fbpx
Anwar.

PM arah lawatan menteri ke luar negara dihentikan serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuatkuasa serta merta.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, arahan itu berkuatkuasa serta merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual ataupun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.

“Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

“Arahan itu juga sebagai persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI