fbpx
Anwar ketika merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-50 Kumpulan Ambank malam ini.

AmBank sokong kerjasama bank, pelabur dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kumpulan AmBank akan terus memperkukuh kerjasama strategiknya dengan bank-bank serta entiti terkemuka dari China bagi menyokong kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Antara bank-bank terlibat termasuk China Construction Bank (CCB), Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Bank of China.

Pengerusi Emeritus merangkap Penasihat Kehormat Kumpulan, Tan Sri Azman Hashim berkata, kerjasama pihaknya dengan Huawei dalam memperkukuh inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta perubahan digital turut mencerminkan visi bersama bagi membina masa depan yang mampan dan inovatif.

“AmBank bersama bank-bank itu juga akan bekerjasama membantu pelabur-pelabur China untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan pemaju-pemaju taman perindustrian.

“Ini bagi membolehkan mereka (pelabur China) menempatkan operasi syarikat mereka di Malaysia dengan harapan strategi ini dapat menyumbang kepada hubungan baik ekonomi Malaysia dan China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kumpulan AmBank di sini hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat pada majlis itu.

Sebagai penghormatan sempena ulang tahun jubli emas Kumpulan AmBank, acara tersebut turut memperkenalkan maskot unta AmBank yang diperbaharui dan diberi nama Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN