fbpx
NAZMI (kiri) melayangkan kad merah kepada Ali dalam aksi final King's Cup semalam. - FB KHAOSOD ENGLISH

Pengadil Malaysia dipuji penyokong Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pengadil dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin dilihat cemerlang mengadili pertembungan ‘panas’ perlawanan akhir King’s Cup yang berkesudahan Thailand tewas 0-1 kepada Iraq di Stadium Kanchanaburi semalam.

Antara momen mencuri tumpuan apabila Nazmi tanpa berfikir panjang pantas melayangkan kad merah kepada penyerang Iraq, Mohamad Ali kerana bertindak ganas ke atas kapten Thailand, Chanathip Songkrasin yang boleh mengakibatkan kaki kirinya patah.

Insiden yang berlaku di penghujung perlawanan itu menyebabkan kekecohan berlaku dalam kalangan pemain-pemain Thailand yang tidak berpuas hati dengan kelakukan Ali yang seolah-olah sengaja mencederakan Chanathip.

Berdasarkan tinjauan di laman sosial, rata-rata penyokong Thailand memuji keputusan pantas Nazmi melayangkan kad merah selain berjaya mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih panas dalam perlawanan akhir itu.

NAZMI (tiga dari kanan) dan Mu’azi Zainal Abidin (kanan) menjadi dua pengadil Malaysia yang terlibat dalam final King’s Cup antara Thailand menentang Iraq semalam. – FB OFFICIAL THAILAND NATIONAL FOOTBALL TEAM

Ia juga adalah kad merah kedua dilayangkan oleh pengadil negara berusia 35 tahun itu yang terdahulu mengarahkan pertahanan Iraq, Frans Putros meninggalkan padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Gol tunggal perlawanan dalam aksi final itu dijaringkan oleh Ali yang menanduk masuk hantaran daripada Ibrahim Bayesh untuk menewaskan penjaga gol Thailand, Patiwat Khammai pada minit ke-75.

Thailand yang memiliki kelebihan dua pemain, gagal mengekang Iraq untuk menjulang kejuaraan King’s Cup kedua mereka selepas kali pertama memenanginya pada 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI