fbpx
ANTARA lori tangki yang disita selepas disyaki digunakan untuk menyeleweng minyak sawit mentah di Jalan Muar, Kampung Parit Awang, Yong Peng, Batu Pahat, Khamis lalu.

7 lelaki seleweng minyak sawit RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Tujuh lelaki tempatan ditahan selepas disyaki cuba menyeleweng minyak sawit mentah bernilai RM2.6 juta di Jalan Muar, Kampung Parit Awang, Yong Peng, di sini pada Khamis lalu.

Tangkapan pada pukul 2.45 petang itu dilakukan anggota Cawangan Risik dan Kompeni C Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar dengan kerjasama Batalion 5 PGA Simpang Renggam dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintenden Shohaiami Ismail berkata, selain menahan tujuh lelaki, pihaknya merampas lima buah lori tangki yang digunakan untuk memindahkan minyak sawit secara haram.

“Turut dirampas kira-kira 222,700 kilogram minyak sawit mentah, lima lori tanker, pam penyedut minyak, genset, tangki IBC dan pelbagai peralatan lain. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.6 juta.

“Kes diserahkan kepada MPOB Wilayah Selatan untuk siasatan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shohaiami berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Briged Tengah PGA dalam membanteras kegiatan penyelewengan komoditi negara.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ketelusan dalam rantaian industri minyak sawit negara sentiasa terpelihara.

“Kita menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada PDRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI