fbpx
GAMBAR fail barisan pejuang Hezbollah di Beirut. - Foto AFP

Hanya tentera berhak pegang senjata, Lubnan akan lucut senjata Hezbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Tentera Lubnan akan mula melaksanakan rancangan untuk melucutkan senjata kumpulan Hezbollah yang disokong Iran, kata Beirut kelmarin selepas mesyuarat kabinet.

Rancangan itu tetap akan dilaksanakan walaupun menerima tentangan Hezbollah  dan sekutunya.

Kabinet Lubnan membincangkan rancangan tersebut walaupun menteri-menteri berfahaman Syiah beramai-ramai keluar dari bilik mesyuarat sebagai tanda protes.

Lima menteri itu  termasuk daripada Hezbollah dan sekutunya, Gerakan Amal, keluar dari bilik mesyuarat dengan kumpulan bersenjata Lubnan itu  bertegas akan mempertahankan senjata mereka.

Pada Ogos lalu, kerajaan Lubnan mengarahkan tentera merangka rancangan untuk melucutkan senjata kumpulan yang suatu ketika dahulu dominan itu menjelang akhir tahun ini, setelah menerima tekanan Amerika Syarikat (AS) dan serangan Israel.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat, Menteri Penerangan Paul Morcos berkata, Beirut mengalu-alukan langkah yang dicadangkan tentera untuk memperluaskan kuasa melalui angkatan sendiri dan mengehadkan pemilikan senjata kepada pihak berkuasa yang sah.

Menjawab soalan wartawan, Morcos berkata: “Tentera Lubnan akan mula melaksanakan rancangan itu, tetapi mengikut kemampuan yang ada dan terhad dari segi logistik, material serta sumber manusia.”

Kabinet memutuskan untuk mengekalkan butiran rancangan tentera itu sebagai sulit, demikian  menurut kenyataan selepas mesyuarat tersebut, tetapi Morcos berkata, tentera akan mengemukakan laporan bulanan kepada Kabinet. 

Hezbollah merupakan satu-satunya kumpulan yang mengekalkan senjatanya selepas perang saudara Lubnan pada 1975 hingga 1990, dengan alasan sebagai perjuangan menentang Israel yang menduduki wilayah selatan sehingga tahun 2000. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI