GEORGE TOWN – Vivo Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama telefon pintar pilihan dengan memperkenalkan model terbaharu, Vivo V60 yang dibangunkan bersama teknologi pengimejan ZEISS Portrait.
Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, sejak bertapak di sini kira-kira 11 tahun lalu, jenama berkenaan telah berjaya menambat hati pengguna tempatan sehingga kini dengan merekodkan lebih tujuh juta pelanggan.
”Di Malaysia, ada tujuh juta pengguna Vivo sekarang dan kami berterima kasih kerana menjadikan Vivo sebagai jenama pilihan rakyat negara ini,” katanya pada majlis pelancaran Vivo V60 di sini, semalam.
Sempena pelancaran tersebut, 20 pelanggan pertama yang membeli Vivo V60 menerima hadiah premium eksklusif sebagai tanda penghargaan syarikat kepada pengguna terawal.
Menurut Xu, pihaknya teruja memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelancaran kali ini kerana mengiktiraf kepentingan pasaran wilayah Utara Semenanjung.

”Bagi kami, wilayah Utara juga penting dan kami mahu lebih dekat dengan pelanggan di sini,” ujarnya.
Vivo V60 direka dengan sistem pengimejan serba boleh hasil kerjasama dengan ZEISS, selain dilengkapi ciri potret profesional, ketahanan jatuh lebih baik serta jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Model itu ditawarkan dalam tiga warna berinspirasikan alam semula jadi iaitu Berry Purple, Summer Blue dan Misty Grey.
Harga jualan rasmi bermula RM1,999 bagi varian 12GB RAM + 256GB storan, manakala varian 12GB + 512GB berharga RM2,299.
Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB. – KOSMO! ONLINE