Beberapa bulan lepas, saya berkesempatan mengunjungi Sungai Kejar bagi melepaskan dendam tahun lepas apabila tiada seekor ikan yang saya dapat pancing kerana hanya dapat memancing di kawasan berhampiran base camp. Ketika itu, saya tidak dapat trekking ke lubuk-lubuk pancingan di sekitar disebabkan sakit lutut. Tahun ini, kami tiba dengan paras air yang luar biasa tinggi sehingga sampai ke anak tangga wakaf di basecamp Sungai Kejar. Jadi, bot boleh sampai terus ke sana dan memudahkan proses memunggah barangan tanpa perlu trekking……