fbpx
Kempen Ajinamoto Malaysia berlangsung sepanjang bulan Ogos dan September ini.

Kempen Merdeka Ajinamoto tawar hadiah RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menjadikan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini lebih istimewa dengan kempen ‘Seribu Rasa, Satu Cinta’ yang menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM20,000.

Selain peluang memenangi baucar percutian domestik dan kredit Touch ‘n Go eWallet, pelanggan juga boleh mendapatkan Set Bundle Merdeka eksklusif Shopee, Lazada dan TikTok Shop di Ajinomoto (Malaysia) Berhad, masing-masing menampilkan empat pinggan edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik tempatan.

Menurut AMB, kempen berkenaan merupakan penghormatan khas terhadap perpaduan di negara ini yang disampaikan melalui makanan dengan meraikan kepelbagaian warna-warni budaya dan cita rasa negara.

“Diadakan sempena Merdeka dan Hari Malaysia, ia menggabungkan tradisi asli, kemeriahan perayaan, dan mesej kebersamaan, mengingatkan kita bahawa walaupun kita mempunyai seribu rasa, kita berkongsi satu cinta untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

AMB turut bekerjasama dengan pempengaruh tempatan dan pencipta kandungan popular untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya menyertai perayaan dan mengambil bahagian dalam promosi menarik.

Pada masa sama, syarikat menjemput rakyat Malaysia untuk hadir di Festival Budaya Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa pada 12 September hingga 16 September, dan Festival Permainan Malaysia di Dataran Putrajaya pada 26 September hingga 28 September.

Pengunjung boleh menyertai permainan interaktif, mengikuti paparan bertema dan merasai pengalaman menyeronokkan yang mempamerkan semangat perpaduan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI