fbpx
Sultan Nazrin bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri di Casuarina@Meru di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Jangan sewenang persoal perjanjian merdeka – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan bahawa perjanjian yang pernah dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan tidak seharusnya dipersoalkan sewenang-wenangnya.

Baginda bertitah, tindakan demikian boleh menjejaskan sikap saling mempercayai serta menghormati antara satu sama lain selain diburukkan lagi oleh retorik politik yang mengeksploitasi isu kaum dan agama sehingga menyalakan api perselisihan.

“Kemerdekaan tanah air diperoleh secara rundingan dan diplomasi melalui kebijaksanaan dan sifat pragmatisme Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seorang negarawan yang sangat menghargai semangat perundingan dan membina kerjasama antara kaum.

“Beliau melaksanakan rundingan dengan berlapang dada dan bersangka baik demi membangunkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, mewarisi pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

“Kesemuanya diberikan tempat serta jaminan perlindungan yang saksama sebagai warga dalam sebuah negara merdeka. Tidak ada yang dipinggirkan, tidak ada penyisihan dilakukan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri di Casuarina@Meru di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, jarak yang terpisah antara tarikh negara mencapai kemerdekaan dengan tarikh kelahiran generasi muda, menjauhkan mereka daripada memahami perit dan penderitaan penjajahan.

Baginda bertitah, keadaan itu turut menjauhkan generasi muda daripada menghayati erti dan semangat kemerdekaan untuk membentuk kesepaduan umat yang berbilang kaum dan berlainan agama.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI