DILAHIR dan dibesarkan di Kampung Bukit Bayas, Terengganu, kisah hidup Muhammad Faris Aqashah Muhammad Faizal atau lebih dikenali sebagai Qasha bukanlah cerita biasa. Kehilangan ibu tersayang akibat kemalangan jalan raya ketika dia masih berusia empat bulan menjadi titik mula sebuah perjalanan penuh kecekalan. Dibesarkan oleh nenek, arwah datuk serta ibu saudara dan bapa saudaranya membuatkan Qasha membesar sebagai anak yang penuh azam dan semangat luar biasa. Sejak usia enam tahun, dia sudah terdedah kepada irama nasyid dan lagu-lagu popular era……